PROFIL ENTRY AC 301


KESIMPULAN
Tuesday, October 7, 2014 • 8:10 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!

                          


Secara kesimpulannya, Pencapaian teknologi pengklonan adalah merupakan satu pencapaian teknologi yang mampu meningkatkan taraf kehidupan manusia. Namun dalam kehidupan dunia yang tidak sekular, peranan agama amat penting dalam memandu kehidupan ke arah keredaan Allah. Usaha mencapai kemajuan sains bagi menambah keselesaan kehidupan manusia tidak seharusnya meminggirkan tuntutan agama. Islam menggalakkan penemuan baru yang selaras dengan tuntutan shariah dan sekaligus menafikan sebarang aktiviti yang boleh membawa kerosakan kepada tamadun kemanusiaan walaupun niat pada peringkat awalnya adalah untuk kebaikan manusia.

Sungguhpun teknologi pengklonan secara umum boleh membawa manfaat kepada kehidupan manusia namun pengklonan manusia adalah pencapaian yang boleh memberikan lebih banyak impak negatif kepada manusia terutamanya kepada kehidupan beragama. Bagi masyarakat Islam, isu pengklonan manusia akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kekeluargaan Islam. Ini kerana perkahwinan yang sah bagi mendapatkan zuriat adalah merupakan tonggak kepada pembinaan keluarga dan masyarakat Islam yang harmoni dan sejahtera. Kelahiran generasi manusia yang tidak memiliki ibubapa yang ‘sah’ akan menjadi penghalang kepada pembinaan masyarakat madani dan tamadun manusia yang dihormati.

Selain itu, perbuatan pengklonan manusia ini sangat memberi kesan dalam pelbagai aspek terutamanya aspek aqidah dan syariah. Dari aspek aqidah, ia akan menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa manusia tidak lagi memerlukan adanya Tuhan atau mempercayaai kekuasaan Tuhan. Ini kerana manusia akan mendakwa mereka juga boleh mencipta manusia malah boleh memilih bentuk dan jenis manusia yang mereka kehendaki.

                                                   

Pengklonan jelas bertentangan dengan kaedah keberagaman, kerana teknik ini hanya menghasilkan ramai orang yang sama daripada seorang sahaja, dan ini jelas akan mengakibatkan terjadi banyak kerosakan kepada kehidupan manusia mahupun sistem sosial.
Tambahan pula, pengklonan sesuatu insan menjadi klon yang bagaimana rupa, adalah sebenarnya sebuah satu sistem kehidupan yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan itu sendiri. Cumanya,bagaimanakah cara dan rupa pengklonan itu, dan ke arah mana klon itu akan terjurus, adakah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Mengklon manusia ke arah mana dan melalui sumber apa? Itu yang sebenarnya yang perlu dirungkaikan. Bukannya menghapuskan sistem pengklonan itu, jika bermaksud sebutan 'klon' itu adalah pembentukan fikiran manusia.
                                                                             
Siapa yang beri kita akal? Bolehkah kita buktikan akal itu wujud? Yang kita nampak adalah segumpal daging bernama otak, tetapi mana akalnya? Terfikir, berfikir, buktikan kita sedang berfikir. Nampak tidak wujudnya segumpal daging yang namanya fikir? Fikir berdasarkan apa? Apa itu baik? Apa itu buruk? Apa itu moral? Berdasarkan apa moral itu dipisahkan satu garisan lurus bernama sempadan baik-buruk?
secretary wanna be!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POSTNEWER POST
AHLAN WA SAHLAN ♥
Thank for coming

Assalamualaikum dan selamat datang



Put your cbox max 150 x 80

DSKRIANS ♥
FUTURE SECRETARY TO BE^^

 photo dsk3_zps4a08fb40.jpg
DIPLOMA IN SECRETARIAL SCIENCE
Credits ♥