TEKNIK- PENGKLONAN
ASSALAMUALAIKUM!
Isu Pengklonan Dari Sudut Syariah
Oleh : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Latar Belakang :
Teknik pengklonan terbahagi kepada dua:
1) Pengklonan janin atau embrio (embryo
cloning).
Pengklonan ini telah dijalankan ke atas haiwan ternakan bagi
menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah
dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi
membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan
lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu,
para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik
kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan
janin-janin asal.
2) Pengklonan dengan menggunakan teknik
pemindahan nucleus
(nuclear transfer technology)
Kaedah ini telah digunakan
bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly. Sebelum ini belum pernah
seekor mamalia dilahirkan hasil penggunaan teknik tersebut.

Pengklonan DNA dewasa melalui teknik nuclear
transfer bertujuan:
1) Pembiakan (Reproductive reason): Pengklonan
jenis inilah yang dilakukan baru-baru ini sehingga melahirkan bayi Eve, dan
yang diberitakan akan dilahirkan lagi di sebuah negara Eropah tidak lama lagi.

2) Perubatan (Therapeutic benefits): Menurut
para saintis pengklonan jenis ini adalah berbeza daripada pengklonan untuk tujuan
reproduksi.
Antara faedahnya ialah :
i) Bagi memperolehi "stem cell" yang
akan membantu pertumbuhan sel baru
ii) Bagi mencipta organ-organ penting
iii) Membantu mengubati pesakit-pesakit yang
memerlukan pemindahan air tulang sum-sum
iv) Membantu meningkatkan pengetahuan tentang
penyakit-penyakit genetik
secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment