PROSES PESENYAWAAN BUATAN
ASSALAMUALAIKUM!
v
PROSES PESENYAWAAN
BUATAN JUGA DIJALANKAN UNTUK PASANGAN YANG INGIN MELAHIRKAN ANAK MENGIKUT
JANTINA PILIHAN MEREKA.
Pengklonan buatan manusia
Proses pesum buatan juga dijalankan
untuk pasangan yang ingin melahirkan anak mengikut jantina pilihan mereka.
Doktor pakar akan mengasingkan sperma yang menghasilkan anak lelaki atau
perempuan sebelum proses persenyawaan dijalankan.
Persenyawaan Dalaman
Pertama:
Disuntikkan benih suami ke dalam rahim isterinya supaya bertemu benih suami
dengan telur yang terdapat di dalam mani isteri sehingga berlaku persenyawaan
di antara keduanya. Cara ini dilakukan apabila suami tiada berupaya
menyampaikan benihnya semasa bersetubuh kepada tempat yang dikehendaki.
Kedua:
Disuntikkan benih seorang lelaki ke dalam tempat yang munasabah (
rahim ) isteri orang lain sehingga berlaku persenyawaan seperti cara pertama
itu. Cara ini dilakukan apabila suami itu mandul maka diambilnya mani lelaki
lain dan disuntikkan kepada isterinya.
Persenyawaan Luaran
-
Pertama:
Diambil mani suami dan isteri dan dicantum kedua-duanya di dalam tabung uji
hingga berlaku penetasan kemudian dipindahkan pada waktu yang sesuai daripada
tabung uji ke rahim isteri supaya dia membesar dan menjadi bayi, kemudian pada
akhir tempoh mengandung yang biasa isteri akan melahirkan anak lelaki atau
perempuan seorang atau kembar yang dikenali dengan anak tabung
Persenyawaan In Vitro
In vitro ialah proses persenyawaan yang
dijalankan di luar rahim,yang mana percantuman sperma dan ovum dilakukan di
dalam piring petri. Selepas berlaku beberapa tahap perkembangan sel di dalam
piring petri,zigot yang terhasil dimasukkan ke dalam rahim ibu. Tumbesaran
zigot berlaku dalam rahim ibu sehingga sempurna membentuk janin. Proses in
vitro dijalankan apabila berlaku permasalahan seperti tiub pallopio tersumbat.
secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment