PROSES PENGKLONAN MANUSIA DARI SUDUT PERSPEKTIF ISLAM
ASSALAMUALAIKUM!
Hukum pengklonan pembiakan
manusia dan perubatan adalah haram. Ini adalah
berdasarkan hujah seperti berikut:
1.SUDUT AQIDAH
2.SUDUT SYARIAT
Tarikh keputusan fatwa yang dikeluarkan : 24 Julai 2002
Fatwa Tentang
Hukum Pengklonan Pembiakan Manusia Dan Perubatan Dari Sudut Syara
Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan
adalah haram. Ini adalah berdasarkan hujah seperti berikut:
Sudut Aqidah
(i) Pengklonan akan
menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan
manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini
dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;
'Dan Dialah yang
menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka
dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya).""
(ii) Perbuatan
pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada
pertaturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau
keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk
keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
'Sesunguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.""
(iii) Perbuatan
pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu
untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya
.Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa
hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam
menentukan apakah nasib yang akan mebnimpa diri seseorang dari alam rahim
sehinggalah hari kematiannya.
Sudut Syariat
(iv) Manusia tidak harus
dijadikan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan,
binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta
mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia
bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya.
Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru,
pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan keatas binatang akan menjadikan
manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan
sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan
sebaik-baiknya.
(v) Pengklonan manusia
akan mengganggu system keturunan dan kecusian system kekeluargaan. Anak yang
dilahirkan daripada kasih saying ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan
tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan
boleh meruntuhkan system kekeluargaan.
(vi) Pengklonan juga
membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak
memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa
perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga
yang kan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini.
Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada
fitrah manusia dan alam.
(vii) Bagi wanita yang
tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka
mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu
tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk memdapatkan kasih saying
seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan
kerana pembiakan tidak lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan dijadikan
bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.
(viii) Anak yang diklon
bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang
sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.
(ix) Dari Segi perwalian
nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin.
Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan.
Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar
dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan
bukan mahramnya.
(x) Dari segi nasab anak
klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat
menjadikan anak sendiri.
(xi) Dari segi pusaka,
kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabat yang sebenarnya
tidak berhak mendapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan.
Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya
memperolehi harta pusaka.
secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment