PROSES KEJADIAN BAYI TABUNG UJI
ASSALAMUALAIKUM!
1. Cara Pertama
- Sperma si suami diambil seterusnya dimasukkan ke dalam faraj si isteri melalui kaedah perubatan moden agar sperma tersebut dapat bergabung dengan ovum si isteri lalu menghasilkan persenyawaan secara tabiie.
- Kaedah ini digunakan apabila si suami tidak mampu untuk memancutkan sperma yang mampu untuk dengan ovum secara tabiie.
2. Cara kedua
- Sperma daripada seorang lelaki asing diambil lalu dimasukkan ke dalam faraj seorang wanita yang telah bersuami dengan tujuan agar sperma tersebut mampu untuk bercantum dengan ovum si isteri tersebut.
- Cara ini digunakan apabila si suami tidak mampu untuk menghasilkan sperma yang benar-benar layak untuk menghasilkan anak apabila bercantum dengan ovum.
Sperma dan ovum daripada sepasang suami isteri diambil lalu disenyawakan di luar rahim dengan kaedah persenyawaan beradas. Apabila kedua-dua benih tersebut telah bersenyawa, kedua-dua benih tersebut dimasukkan ke dalam rahim si isteri, pemilik ovum yang disenyawakan lalu berlakulah proses penempelan di dinding rahim dan membesar sehingga dilahirkan.
4. Cara keempat
- Berlaku persenyawaan luar secara beradas antara sperma yang diambil daripada suami tetapi ovum diambil daripada wanita lain yang bukan isteri kepada pemilik sperma tersebut lalu kedua-dua benih yang telah disenyawakan tadi dimasukkan ke dalam rahim isteri kepada pemilik sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk menghasilkan ovum yang benar-benar sihat yang mampu untuk disenyawakan tetapi beliau memiliki dinding rahim yang mampu untuk menerima tempelan ovum dan sperma yang telah disenyawakan
5. Cara kelima
- Berlaku persenyawaan luar di dalam dalam tabung uji antara sperma seorang lelaki asing dengan ovum seorang wanita yang bukan isteri si pemilik sperma lalu kedua-dua benih ini ditempelkan pada dinding rahim seorang wanita lain yang telah berkahwin. Bermakna wanita yang memberi ovum dan wanita yang menjadikan rahimnya sebagai tempat tempelan benih kedua-dua
mereka bukan isteri kepada lelaki yang menyumbangkan sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila seorang anita yang telah berkahwin tidak mampu untuk menghasilkan ovum yang sihat tetapi rahimnya mampu untuk menerima tempelan dua benih yang telah disenyawakan dalam keadaan suami kepada wanita tersebut juga tidak mampu untuk
menghasilkan sperma yang sihat.
6. Cara keenam
- Kedua-dua sperma adalah milik sepasang suami isteri yang sah di sisi Islam dan telah disenyawakan dengan kaedah persenyawaan luar tetapi kedua-dua benih ini ditempelkan pada dinding rahim seorang wanita lain yang bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki
yang menyumbangkan sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk mengandungkan janin yang bakal lahir atas sebab-sebab kesihatan namun wanita tersebut memiliki ovum yang subur.
- Ataupun keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mahu untuk melahirkan anak sekalipun dia memiliki dinding rahim yang baik untuk melahirkan anak.
7. Cara yang ketujuh
- Cara ini sama dengan cara keenam tetapi si wanita yang sudi untuk menjadikan dinding rahimnya sebagai tempat tempelan sperma dan ovum yang telah disenyawakan merupakan isteri kedua atau seterusnya kepada pemberi sperma yang mengamalkan poligami.

secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment