PROFIL ENTRY AC 301


PEMBIAKAN MANUSIA DAN PENGKLONAN TUJUAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARAK
Friday, August 22, 2014 • 10:31 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mar 2002 telah membincangkan Pembiakan Manusia Dan Pengklonan Tujuan Perubatan Dari Sudut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Keterangan/Hujah: 
 
Teknik pengklonan terbahagi kepada dua iaitu:
 
Pengklonan janin atau embrio. Pengklonan ini telah dijalankan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal.
 
Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nukleus iaitu pengklonan DNA dewasa melalui pemindahan nukleus. Kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly.
 
Pengklonan DNA dewasa melalui teknik pemindahan nukleus bertujuan:
 
  1. Pembiakan (Reproductive reason): Pengklonan jenis inilah yang dilakukan sehingga melahirkan bayi Eve.
     
  2. Perubatan (Therapeutic benefits): Menurut para saintis pengklonan jenis ini adalah berbeza daripada pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedahnya ialah:
  • Bagi memperolehi “stem cell” yang akan membantu pertumbuhan sel baru
  • Bagi mencipta organ-organ penting
  • Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan air tulang sum-sum
  • Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit genetik.
Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmah kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah S.W.T. di dalam ayat 70, surah Al-Isra’ dan ayat 12-14, surah Mu’minun serta ayat 4, surah At-Tin.
 
Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.
 
Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang telah rosak hukumnya adalah harus.
 
Perbuatan mengklon manusia untuk tujuan menghasilkan manamana organ pada manusia yang telah diklonkan adalah haram disisi Islam. Perbuatan ini mencabar kekuasaan Allah s.w.t. sebagai pencipta manusia
secretary wanna be!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POSTNEWER POST
AHLAN WA SAHLAN ♥
Thank for coming

Assalamualaikum dan selamat datang



Put your cbox max 150 x 80

DSKRIANS ♥
FUTURE SECRETARY TO BE^^

 photo dsk3_zps4a08fb40.jpg
DIPLOMA IN SECRETARIAL SCIENCE
Credits ♥