HUKUM MENGIKUT MAZHAB
ASSALAMUALAIKUM!
-
Menurut pendapat mazhab Hanafi,memasukkan mani ke
dalam rahim wanita tanpa memasukkan zakar atau menggunakan sebarang alat dapat
diterima akal dan syarak.
-
Syarat mani yang diwajibkan iddah dan
disabitkan nasab hendaklah halah dalam perihal inzal(keluar dari testis) dan
perihal isidkhal atau persenyawaan dilakukan.
-
Menurut pendapat mazhab Maliki,akal dan syarak menerima kemasukan mani ke dalam faraj
dengan kemasukan batang zakar atau tanpa kemasukan.
-
Apabila anak itu lahir,maka dia
disabitkan ke atas ibunya dan sabit pertalian dengan suami ibunya atau tuan
ibunya atau empunya mani(dalam hal persetubuhan syubhat) sekiranya dapat
dipastikan anak itu terhasil daripada mani siapa.
-
Sekiranya tidak diketahui pemilik mani itu,
maka wanita itu patut dikenakan hukuman hudud dan anak yang terhasil tidak
dikira daripada persetubuhan syubhat.
-
Menurut pendapat mazhab Syafie pula,memasukkan manike
dalam faraj dihukumkan sama seperti persetubuhan dalam mewajibkan idddah dan
sabit nasab kerana lebih memungkinkan kehamilan berbanding semata-mata memasukkan
zakar.
-
Demikian juga sabit nasab kepada lelaki yang
terpotong zakarnya dalam keadaan testis masih ada kerana inzal boleh berlaku
dengan tempelan.
-
Namun disyaratkan bahawa kemasukan mani
itu halal dengan mengambil kira perihal keluar dan masuk mani sebagaimana
disepakati sesetengah sahabat,dan sesetengah mereka berpendapat halal diambil
dikeluarkan dari testis tanpa melibatkan perbuatan haram dan sempurna
disenyawaakan di dalam rahim dengan cara halal id sisi syarak.
-
mazhab hambali pula, dapat diterima
akal untuk mani masuk ke dalam faraj tanpa kemasukan zakar.
-
Meraka berpendapat mani yang halal
diambil kira perihal keluar sahaja tanpa disyaratkan perihal dimasukkan ke
dalam rahim.
-
Mani halal yang dimasukkan ke dalam
rahim apabila menghasilkan anak disabitkan nasab dan iddah ke atas ibu.
-
Manakala memasukkan mani ke dalam rahim
wanita asing tidak dikira zina, maka tidak perlu dikenakan hukuman hudud.
secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment