PROFIL ENTRY AC 301


HUKUM ISLAM SECARA KHUSUS YANG BERHUBUNG KAIT DENGAN PERSENYAWAAN BUATAN DAN TABUNG UJI
Friday, August 22, 2014 • 9:07 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!

                                      


1) Keinginan sang isteri yang tidak boleh hamil dan keinginan sang suami yang mandul yang inginkan anak dianggap oleh syarak sebagai satu sebab untuk membolehkan penggunaan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak dalam persenyawaan buatan.

2) Cara pertama dengan mengambil sperma daripada si suami lalu disenyawakan dengan ovum isterinya dalam kaedah persenyawaan dalam yang seterusnya akan menempel di dinding rahim isteri, pemilik ovum, kaedah ini adalah dibenarkan oleh syarak berdasarkan syarat-syarat umum
yang telah disebutkan sebentar tadi dalam keadaan si wanita yang menggunakan cara pertama ini sangat-sangat berhajat kepada kaedah ini semata-mata untuk mendapatkan cahaya mata. 

3)Cara ketiga dengan cara kedua-dua benih adalah milik sepasang suami isteri yang sah tetapi kedua-dua benih ini disenyawakan dengan cara pesenyawaan luar. Sekalipun ditempelkan pada dinding rahim si isteri, cara ini pastinya akan mempunyai kritikan kerana pastinya ada kemungkinan berlakunya kesilapan yang menyebabkan ketidakyakinan dalam masalah penentuan nasab si bayi yang bakal lahir. Oleh itu Islam tidak membenarkan cara ketiga ini melainkan apabila berlaku keadaan dharuri yang sangat-sangat berhajat kepada penggunaan cara yang ketiga ini dengan mengikut syarat-syarat umum yang telah disebutkan.

4) Cara yang ketujuh dengan cara persenyawaan dua benih daripada sepasang suami isteri dengan kaedah persenyawaan luar tetapi dua benih ini ditempelkan pada rahim isteri kedua atau seterusnya (madu kepada si isteri yang memiliki ovum) yang sanggup untuk mengandungkan benih tesebut,
cara ini hukumnya adalah harus berdasarkan ijtihad jamaie daripada Al- Majmak Al-Feqhi Al-Islami tetapi dengan syarat bahawa si isteri pemilik ovum sangat-sangat berhajat kepada cara ketujuh ini di samping mengikut syarat-syarat umum yang telah disebutkan.

5) Dalam taida keadaan yang dibenarkan oleh Islam berdasarkan ijtihad Jamaie tadi, nasab anak yang bakal lahir akan dithabitkan kepada dua orang suami isteri yang telah menyumbangkan dua benih (ovum dan sperma) yang telah disenyawakan. Adapun si isteri kedua (madu kepada isteri yang disenyawakan ovumnya) yang tidak menyumbangkan ovum tetapi sanggup menyumbangkan dinding rahimnya sebagai tempat tempelan benih, hubungan wanita tersebut dengan anak yang bakal dilahirkan menurut rahimnya adalah menurut hukum penyusuan  bahkan dalam kes ini wanita penyumbang rahim tersebut lebih kuat hubungannya dari segi hukum yang berkaitan dengan berbanding dengan wanita yang hanya sekadar menyusukan si anak. Ini kerana janin di dalam kandungan akan menggunakan seluruh zat daripada tubuh si penderma dinding rahim (ibu tumpang).

                                                     


6) Adapun empat cara selain daripada tiga cara yang telah disebutkan keharusannya dari perspektif syarak, kesemuanya diharamkan oleh syarak secara jelas kerana kedua-dua benih bukan daripada dua orang suami isteri yang sah ataupun kerana wanita yang sudi untuk menjadikan rahimnya
sebagai tempat tempelan bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki yang menyumbangkan sperma. Walau bagaimanapun, setelah melihat kepada beberapa cara persenyawaan buatan yang dibenarkan oleh Islam di samping wujudnya kemungkinan berlakunya percampuran nasab hasil daripada kesalahan doktor dalam memastikan bahawa benih yang diambil untuk disenyawakan dalam persenyawaan beradas benar- benar daripada dua orang suami isteri yang sah, maka Majlis Al- Majmak menasihati agar seseorang muslim tidak menggunakan proses persenyawaan buatan melainkan dalam keadaan sangat-sangat dharuri dengan cara yang betul-betul teliti dan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang percampran nasab dan kesalahan dalam proses persenyawaan buatan.
secretary wanna be!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POSTNEWER POST
AHLAN WA SAHLAN ♥
Thank for coming

Assalamualaikum dan selamat datang



Put your cbox max 150 x 80

DSKRIANS ♥
FUTURE SECRETARY TO BE^^

 photo dsk3_zps4a08fb40.jpg
DIPLOMA IN SECRETARIAL SCIENCE
Credits ♥