HUKUM BERSERTA HUJAH MENGENAI PENGKLONAN
ASSALAMUALAIKUM!
Tarikh Keputusan:
22 Feb, 2005
Tarikh Mula Muzakarah:
22 Feb, 2005
Tarikh Akhir Muzakarah:
22 Feb, 2005
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-67
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pengklonan Terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan.
- Harus menggunakan embrio yang disimpanbeku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap 'alaqah (blastocyst).
Keterangan/Hujah:
- Pengklonan terapeutik adalah pengklonan bagi menghasilkan embrio tetapi tidak dipindahkan ke dalam rahim ibu. Tujuan utama pengklonan terapeutik adalah untuk tujuan rawatan menyelamatkan nyawa manusia; ia menghasilkan sel-sel stem bukan seorang bayi. Bagi kaedah Somatic Cell Nuclear Transfer, sel stem diambil dari embrio untuk tujuan mendapatkan tisu atau organ bagi merawat pesakit yang membekalkan DNA.
- Kajian ke atas embrio yang disenyawakan di luar rahim ( IVF ) secara ijmak telah dikategorikan sebagai harus oleh Majma’ Fiqh al Islami dalam Persidangan pada Januari 1991 yang bertemakan “ Pengklonan Manusia ” yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan dan Fuqaha Timur Tengah. Mereka berpendapat sebarang kajian ke atas embrio hendaklah dilakukan sebelum mencapai tahap ‘ alaqah ’ iaitu tahap di mana saintis mendapati janin melekat pada dinding rahim. Pada tahap ini juga, saintis mendapati embrio tidak merasai kesakitan kerana belum mempunyai deria rasa.
- Pengklonan terapeutik untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan. Ini seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Singapura bahawa pengklonan bagi menghasilkan organ gantian untuk kajian perubatan atau menggantikan organ yang telah rosak adalah diharuskan. Walaupun bidang ini masih diperingkat kajian, namun ia mungkin akan menjadi kenyataan pada masa hadapan. Seseorang yang mengalami sakit jantung atau ginjal mungkin tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan ganti jantung atau ginjal yang telah rosak.
- Kaedah pengklonan terapeutik dan penggunaan stem sel adalah bertujuan untuk kebajikan manusia. Merujuk kepada fatwa mu'athirah bahawa pengklonan anggota tertentu dihasilkan untuk dimanfaatkan dalam mengubati orang lain yang memerlukannya.
secretary wanna be!
0 Comments:
Post a Comment