Klon ialah proses menghasil dan
menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya
melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia
melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup
terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel
itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA).
Pengklonan
merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif
(aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah
wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh
daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara
‘cuttage’, ‘grafting’, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada
tumbuhan yang bermutu tinggi.
Pengklonan sebenarnya bukan
satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak
dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif
dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel.
Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang
tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini
menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya
daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya. Perkataan ‘CLON’ berasal dari
perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan
ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan
ia akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu.
Klon yang dihasilkan merupai induknya
kerana sel yang diambil daripada induknya (*bukan sel pembiakan) mempunyai dua
set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai
kesemua maklumat genetik untuk
menghasilkan satu organisma yang baru.
Mengikut pakar-pakar sains,
pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains
memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang
berkualiti dan secara banyak.
Mengikut sebuah ensikopedia yang
berjudul ‘The New Book of Knowledge’ mengatakan bahawa teknologi klon ini
mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila
pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran ‘Dolly’, seekor biri-biri
yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri-biri dewasa.
Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka
percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah
yang tidak diingini.
Prosedur-prosedur
pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan
rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing
dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria
atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor
pengklonan.
Sifat-sifat
Vektor Pengklonan :-
(a) Selapas menerima DNA asing,
masih boleh meneruskan rantai hidup.
(b) Membolehkan sel bacteria @ sel
yis yang mengandungi DNA asing dibezakan daripada sel-sel tanpa DNA asing.
Jenis-jenis
Vektor Pengklonan :-
(a) Plasmid
(b) Bacteriophage
(c) Cosmid
(d) Kromosom yis tiruan (Yeast Artificial Chromosomes , YACs)
(e) Kromosom bacteria tiruan
(bacterial Artificial Chromosomes, BACs)
0 Comments:
Post a Comment