PROFIL ENTRY AC 301


apakah IVF ( IN VITRO FERTILIZATION )
Friday, August 22, 2014 • 11:03 AM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!
In Vitro Fertilization juga dikenali sebagai test tube baby ialah proses meningkatkan peluang kehamilan dengan bantuan teknologi dimana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub. Peluang kehamilan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini dimana IVF direka untuk membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio yang tidak boleh hamil secara semula jadi.



Persenyawaan in vitro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persenyawaan in vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, in vitro. IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkansperma mensenyawakannya dalam perantaraan cecair. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan. Kelahiran pertama bagi "bayi tabung uji", Louise Brown, berlaku pada tahun 1978. Sebelum itu, terdapat kehamilan biokimia peralihan yang dilaporkan oleh penyelidik Australian Foxton School pada tahun 1973 dan kelahiran ektopik yang dilaporkan oleh Steptoe dan Edwards pada tahun 1976.




Istilah in vitro, berasal dari bahasa akar Latin bererti dalam kaca, digunakan, kerana ujikaji biologi awal membabitkan pertumbuhan tisu di luar organisma hidup dari mana ia di ambil, dilakukan dalam bekas kaca seperti bikartabung uji, atau piring petri. Hari kini, istilah in vitro digunakan bagi merujuk kepada sebarang prosedur biologi yang dilakukan di luar organisma yang ia biasanya terjadi, semasa tisu kekal dalam organisma hidup di mana ia biasanya dijumpai. Istilah kolokial bagi bayi yang terhasil dari IVF, bayi tabung uji, merujuk kepada bekas plastik ataupun kaca berbentuk tabung, digelar tabung uji, yang biasa digunakan dalam makmal kimia dan makmal biologi. Bagaimanapun, persenyawaanin vitro biasanya dilakukan dalam bekal lebih tohor yang digelar piring petri. 


(Piring petri juga mungkin diperbuat daripada rsein plastik.) Bagaimanapun, kaedah IVF bagi "Autologous Endometrial Coculture" sebenarnya dilakukan pada bahan organik, tetapi belum digelar in vitro. Ianya digunakan apabila ibubapa menghadapai masaalah kesuburan atau apabila mereka inginkan anak kembar.


                         
secretary wanna be!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POSTNEWER POST
AHLAN WA SAHLAN ♥
Thank for coming

Assalamualaikum dan selamat datang



Put your cbox max 150 x 80

DSKRIANS ♥
FUTURE SECRETARY TO BE^^

 photo dsk3_zps4a08fb40.jpg
DIPLOMA IN SECRETARIAL SCIENCE
Credits ♥